Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan Redmi Note 11T Pro+ edisi Astro Boy: Dimensity 8100 dan paparan LCD 144Hz 6.6″

Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri Redmi Note 11T edisi baharu di China. Semalam, syarikat tersebut berkongsi poster promosi untuk Redmi Note 11T Pro+ edisi Astro Boy baharu yang akan dilancarkan pada hari ini.

Edisi baharu ini adalah kerjasama siri animasi Astro Boy yang popular. Peranti ini berkemungkinan akan menampilkan spesifikasi yang sama seperti Note 11T Pro+ termasuk cipset MediaTek Dimensity 8100.

Ciri-ciri lain termasuk, paparan 6.6 inci dengan resolusi FullHD+, panel IPS LCD panel dengan kadar penyegaran semula 144Hz, menyokong pengecasan pantas 120W dan tri-kamera bersama sensor utama Samsung ISOCELL GW1 64MP. 

Edisi khas Astro Boy membawa reka bentuk unik dan estetika bertemakan watak animasi Astro Boy. Kotak peranti kelihatan istimewa dengan lakaran watak dan mungkin aksesori lain juga. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina 

Exit mobile version