Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan TV lutsinar 55 inci dengan skrin 120Hz berharga ~RM30,200

Selain melancarkan telefon pintar Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra, Xiaomi turut melancarkan sebuah televisyen dalam acara ulang tahunnya yang ke-10. Televisyen ini dinamakan Mi TV LUX OLED Transparent Edition yang menampilkan skrin lutsinar seperti kaca sewaktu televisyen ini dimatikan.

Walaupun televisyen lutsinar bukanlah sesuatu yang baru, Xiaomi merupakan syarikat pertama yang akan menghasilkannya secara besar-besaran. Televisyen flagship OLED ini akan dijual di China bermula 16 Ogos pada harga CNY49,999 (~RM30,200).

Daripada segi spesifikasi teknologi, ia mempunyai skrin 55 inci kadar segar semula 120Hz, mempunyai 93% jurang warna (colour gamut) DCI-P3 yang boleh memaparkan 1.07 bilion warna dan nisbah kontras statik (static contrast ratio) sebanyak 15000:1, menghasilkan kualiti warna yang lebih jelas. Televisyen ini juga dilengkapi cipset MediaTek 9650 untuk melaraskan tetapan gambar untuk disesuaikan dengan video yang ditonton.

Ia turut dilengkapi MIUI yang dibina khas untuk televisyen dan pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version