Seperti yang kita sudah tahu, Xiaomi bukan sahaja salah satu pelopor dalam industri teknologi, tetapi juga dalam arena produk pintar lain. Xiaomi sekali lagi melancarkan produk eletronik berpatutan Mi TV 43″ (E43K) dengan harga 1099 Yuan (~RM671) dan Mi TV Pro 32″ (E32S) dengan harga 899 Yuan (~RM549).
Untuk pengetahuan anda, Mi TV Pro 32″ merupakan ahli keluarga Mi TV Pro yang telah dilancarkan. Ia hadir dengan skrin penuh 32 inci bersama resolusi 4K dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai salah sebuah TV pintar hampir tanpa bezel, semestinya ia dilengkapi pembantu suara XiaoAI dengan alat kawalan Bluetooth.
Mi TV Pro 32″ dioperasikan CPU teras-quad bersama RAM 1GB dan storan 8GB. Dengan harga 899 Yuan (~RM549), kami menjangkakan ia bakal menjadi rebutan ramai jika hadir di pasaran Malaysia.
Terdahulu, Xiaomi pernah memberi kenyataan bahawa mereka mempunyai perancangan untuk membawa masuk produk elektronik Xiaomi yang lain ke pasaran Malaysia. Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai berita keberadaan produk ini di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

