Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia akan lancarkan Redmi 9T pada 8 Januari

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar pertama untuk tahun ini iaitu Redmi 9T pada hari Jumaat, 8 Januari 2021 jam 8:00 malam. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Xiaomi Malaysia.

Xiaomi masih belum menyatakan spesifikasi untuk Redmi 9T, namun ia dijangkakan adalah Redmi 9 Power yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Jika ramalan tersebut benar, Redmi 9T bakal dilengkapi cipset Snapdragon 662, skrin LCD 6.53 inci FullHD+, bateri 6,000mAh dan lima kamera termasuklah kamera swafoto 8MP dan kamera utama 48MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 9T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version