Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia anjur promosi Xiaomi Fans Appreciation Day, harga diskaun sehingga 60%

Bagi menghargai sokongan para pelanggan Xiaomi di Malaysia selama ini, mereka akan menganjurkan kempen jualan Xiaomi Fans Appreciation Day bersama Lazada dalam hari LazMall Super Brand Day. Promosi tersebut akan berlangsung pada hari Isnin, 16 Ogos 2021 sahaja dan pelbagai produk akan dijual pada harga istimewa termasuklah telefon pintar, vakum robot dan televisyen.

Antara produk yang paling menarik dalam promosi ini adalah Redmi Note 10, Redmi 9C, Mi TV P1, Mi Watch, POCO X3 GT, POCO F3 dan banyak lagi. Berikut adalah senarai produk Xiaomi yang akan ditawarkan dalam promosi tersebut pada 16 Ogos:

Selain promosi di atas, Xiaomi Malaysia turut menganjurkan kempen khas pada 9 hingga 15 Ogos di Lazada, di mana pelanggan akan menerima diskaun khas daripada pelbagai aktiviti.

Layari laman web Lazada untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli produk pada wakti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version