Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia anjurkan promosi 12.12, tawarkan diskaun sehingga 50% untuk pelbagai peranti

Sempena sambutan Hari Krismas dan Ambang Tahun Baru yang akan berlangsung tidak lama lagi, Xiaomi Malaysia akan menganjurkan promosi 12.12 Xiaomi Mega Sale bagi menjual pelbagai kategori produknya dalam harga yang lebih murah.

Antara produk-produk menarik yang ditawarkan dalam promosi ini termasuklah Xiaomi Robot Vacuum X20+, Xiaomi Robot Vacuum S40, Xiaomi TV A 43 2026, Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0HP dan Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg.

Selain itu, televisyen premium Xiaomi TV Max 100 2025 akan ditawarkan dengan potongan diskaun sebanyak RM7,000.

Telefon pintar juga ditawarkan dengan harga promosi, seperti Xiaomi 15T Pro yang menerima potongan RM200, Xiaomi 15T yang menerima potongan RM100 dan Xiaomi 15 Ultra yang menerima potongan RM700.

Promosi ini akan berlangsung pada 11 Disember, jam 8:00 malam sehingga 12 Disember, jam 11:59 malam. Ia boleh didapati di laman web Xiaomi, Shopee, Lazada serta kedai-kedai Xiaomi Stores.

Berikut merupakan maklumat penuh untuk promosi ini:

ModelHarga asalHarga promosi
Telefon pintar
Xiaomi 15 UltraRM 5,199RM 4,499 (percuma OpenWear, sementara stok masih ada)
Xiaomi 15RM 3,499RM 3,299
Xiaomi 15TRM 1,899RM 1,799
Xiaomi 15T ProRM 2,699RM 2,499
Kelengkapan rumah
Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star Inverter 1.0HPRM 1,899RM 1,499 (Shopee sahaja)
Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star Inverter 1.5HPRM 2,199RM 1,899
Mijia Refrigerator Cross Door 510LRM 2,899RM 2,279 (Lazada sahaja)
Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kgRM 2,299RM 1,499
Mijia Smart Air Purifier 6RM 899RM 719
Xiaomi Robot Vacuum S40RM 1,099RM 699
Xiaomi Robot Vacuum H40RM 1,799RM 999
Xiaomi Robot Vacuum X20+RM 2,999RM 1,669 (Shopee sahaja)
Xiaomi Robot Vacuum X20 ProRM 3,199RM 1,799 (Shopee sahaja)
Xiaomi Robot Vacuum X20 MaxRM 3,499RM 2,099 (Lazada sahaja)
Xiaomi Robot Vacuum 5RM 3,699RM 2,699
Peranti Boleh Pakai
Xiaomi Watch S4RM 699RM 539
Xiaomi Watch S4 41mm (Black and Mint Green)RM 699RM 549
Xiaomi Watch S4 41mm (White)RM 799RM 599
Xiaomi Watch S4 41mm (Sunset Gold)RM 999RM 799
REDMI Watch 5RM 459RM 339
Monitor
Xiaomi Monitor A24i UKRM 449RM 339
Xiaomi Gaming Monitor G24iRM 699RM 429
Xiaomi Monitor A27iRM 599RM 449
Xiaomi Curved Gaming Monitor G34WQiRM 1,499RM 1,239
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27iRM 1,899RM 1,439
Xiaomi TV A 32 2025RM 799RM 549 (Shopee sahaja)
Xiaomi TV A 43 2026RM 1,299RM 999 (Shopee sahaja)
Xiaomi TV A 43 FHD 2026RM 1,099RM 799 (Lazada sahaja)
Xiaomi TV Max 100 2025RM 16,999RM 9,999

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk Xiaomi di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version