Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia anjurkan promosi 7.7, diskaun telefon dan pelbagai produk sehingga RM300

Xiaomi Malaysia bakal menganjurkan jualan promosi pertengahan tahun 7.7 pada 7 Julai sahaja, di mana pelbagai produk akan menerima diskaun sehingga 30% dan disertakan dengan pelbagai hadiah menarik. Jualan ini akan dianjurkan dalam laman web e-dagang Lazada dan Shopee.

Berikut adalah senarai produk Xiaomi menarik yang akan dijual pada harga diskaun:

ProdukHarga asalHarga promosiHadiah percuma
Redmi 9 (4GB+64GB)RM59910,000mAh Redmi Power Bank + RM30 Starbucks Gift Card
Redmi 9A (2GB+32GB)RM359Mi True Wireless + Earbuds Basic 2
Redmi 9T (4GB+64GB)RM599Sandisk Ultra Micro + Mi Ionic Hair Dryer H300
Redmi 9T (6GB+128GB)RM699Sandisk Ultra Micro + Mi Ionic Hair Dryer H300
Redmi Note 10 (4GB+64GB)RM699RM649Sandisk Ultra Micro
Redmi Note 10 (6GB+128GB)RM799Sandisk Ultra Micro
Redmi Note 10S (8GB+128GB)RM899Mi True Wireless + Earbuds Basic 2
Mi 11 (8GB+256GB)RM2,999Mi Portable Photo Printer + Mi True Wireless Earphones 2 Basic
Mi 11 Lite (8GB+128GB)RM1,19910000mAh Mi Powerbank 3 Ultra Compact
POCO M3 Pro 5G (4GB+64GB)RM699RM599
POCO M3 Pro 5G (6GB+128GB)RM799RM699
POCO X3 Pro (6GB+128GB)RM999RM899
POCO X3 Pro (8GB+256GB)RM1,299RM999

Xiaomi turut menganjurkan promosi untuk robot vakum Mi Robot Vacuum-Mop pada 7 Julai. Selepas hari tersebut, ia akan disambung sehingga 16 Julai namun harga promosinya tidak serendah pada 7 Julai. Berikut adalah promosi untuk Mi Robot Vacuum-Mop:

ProdukHarga asalHarga promosiHarga promosi, selepas 7 Julai
Mi Robot Vacuum-Mop PRM1,399RM999RM1,249
Mi Robot Vacuum-MopRM999RM699RM899
Mi Robot Vacuum-Mop EssentialRM699RM499RM559

Di samping produk-produk di atas, Xiaomi Malaysia juga akan kekal menganjurkan kempen jualan Shop With Mi sehingga 11 Julai di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah seperti tambahan nilai Touch n’ Go sehingga RM2,000,000 dan produk percuma.

Layari laman Xiaomi Malaysia di Lazada dan Shopee untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version