Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia bekerjasama dengan Kittie Yiyi, hasilkan sarung Xiaomi 11 Lite 5G NE edisi terhad

Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan pereka fesyen iaitu Kittie Yiyi sempena pelancaran Xiaomi 11 Lite 5G NE terbaru pada 26 Oktober, hari ini. Peranti terbaru ini hadir dengan sarung telefon lanyard.

Kittie Yiyi menghasilkan rekaanya untuk membawa reka bentuk eksklusif Xiaomi 11 Lite 5G NE. Rekaan ini untuk memberi inspirasi kepada kreativiti melalui rasa unik gaya peribadi setiap individu. Xiaomi 11 Lite 5G NE berharga RM1,399 bagi varian 8GB+128GB dan RM 1,599 untuk varian 8GB+256GB. Pembeli Xiaomi 11 Lite 5G NE akan menerima sarung telefon lanyard edisi terhad PERCUMA yang direka oleh Kittie Yiyi secara eksklusif untuk Xiaomi Malaysia, sementara stok masih ada.

Xiaomi 11 Lite 5G NE hadir dalam 4 warna iaitu Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Snowflake White manakala sarung telefon lanyard hadir dalam 2 warna iaitu kuning neon dan hitam.

Peranti ini berketebalan 6.81mm, berat 158g serta mempunyai bezel nipis 1.88m di atas dan sisi. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version