Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia lancarkan promosi Shop With Mi dan program rujukan Earn With Mi

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan kempen jualan pertengahan tahun Shop With Mi yang akan berlangsung sehingga 11 Julai, di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Di samping itu, Xiaomi Malaysia juga memperkenalkan program rujukan (referral) Earn With Mi di mana rakyat Malaysia berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu mereka pada waktu sukar ini.

Dengan pembelian telefon pintar terplih di Lazada, pelanggan berpeluang memenangi hadiah seperti tambahan nilai Touch n’ Go sehingga RM2,000,000 dan barang percuma. Selain pembelian dalam talian, pelanggan juga boleh membeli secara fizikal di kedai Ashita Group, Asia Mobile Retail, Avantgarde, Switch Solution, Urban Republic dan Vivid Concept. Berikut adalah senarai produk yang terlibat:

ProdukHarga (RM)Tambah nilai Touch N Go (RM)
Redmi Note 10 5G (8GB+128GB)799RM30
Mi 11 (8GB+128GB/8GB+256GB)2,799/2,999RM10
Mi 11 Lite (8GB+128GB)1,199RM10
Mi 10T Pro (8GB+256GB)1,999RM10
Mi 10T (8GB+128GB)1,699RM10
Redmi Note 10 Pro (8GB+128GB)1,099RM10
Redmi Note 10S (8GB+128GB)899RM10
Redmi Note 10 (6GB+128GB)799RM10
Redmi 9T (4GB+64GB/6GB+128GB)599/699RM10
Redmi 9C (3GB+64GB)479RM10

Dalam program Earn With Mi, mereka yang berminat boleh berdaftar dengan Xiaomi untuk mempromosikan produk-produk syarikat itu menggunakan program rujukan tersebut. Dengan setiap produk Xiaomi yang dijual, peserta kempen ini akan menerima komisyen sebanyak RM30, RM20 atau RM10 untuk satu produk.

Program rujukan ini boleh dilakukan dalam rumah sahaja dan peserta perlu memiliki sebuah telefon pintar dan akses kepada internet. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini, anda boleh daftar dalam laman web ini.

ProdukHarga (RM)Nilai komisyen (RM)
Mi 11 (8GB+128GB/8GB+256GB)2,799/2,999RM30
Mi 11 Lite (8GB+128GB)1,199RM30
Mi 10T Pro (8GB+256GB)1,999RM30
Mi 10T (8GB+128GB)1,699RM30
Redmi Note 10 Pro (8GB+128GB)1,099RM30
Redmi Note 10 5G (8GB+128GB)799RM20
Redmi Note 10 Pro (6GB+128GB)999RM10
Redmi Note 10S (8GB+128GB)899RM10
Redmi Note 10 (6GB+128GB)799RM10
Redmi 9T (4GB+64GB/6GB+128GB)599/699RM10
Redmi 9C (3GB+64GB)479RM10
Redmi 9A (2GB+32GB)359RM10

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi atau kempen rujukan Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version