Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia raikan pembukaan 10 kedai baru, tawarkan diskaun RM200 untuk Xiaomi 11T

Xiaomi telah mengumumkan perasmian 10 kedai Xiaomi Store baharu di Semenanjung Malaysia dan pusat perkhidmatan terbaru di Mid Valley, Kuala Lumpur pada 23 Oktober. Xiaomi dikenali sebagai antara jenama No.1 di Malaysia dan kini semakin berkembang secara global. Kini, Xiaomi mempunyai 47 kedai seluruh negara dan bercadang untuk mencapai lebih 300 kedai pada masa akan datang.

Berikut merupakan kedai Xiaomi yang dibuka secara rasmi pada hari ini:

  1. Sunway Velocity, Kuala Lumpur
  2. KL East Mall, Kuala Lumpur
  3. Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor
  4. Alor Star Mall, Kedah
  5. Kulim Central, Kedah
  6. Kompleks Bukit Jambul, Penang
  7. Prangin Mall, Penang
  8. Lotus Bertam Kepala Batas, Penang
  9. AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
  10. Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor

Menurut General Manager of Xiaomi, Nicolas Shi, mereka ingin memberikan pengalaman berkualiti, cekap dan lancar dengan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia. Diskaun RM200 bagi telefon pintar Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro akan mula ditawarkan pada 25 Oktober pukul 12 tengahari manakala tawaran istimewa bagi peranti AIoT bermula pada 23 hingga 25 Oktober.

Xiaomi turut memberi diskaun 50% bagi menyelenggara telefon pintar yang sudah tamat tempoh jaminan  di pusat khidmat Xiaomi terbaru di Mid Valley Megamall bermula pada 23 hingga 31 Oktober. 50 pelanggan pertama akan mendapat edisi Xiaomi Coffee Cup Set. Semua tawaran berikut sah digunakan untuk servis peranti sementara stok masih ada mengikut terma dan syarat. 

Anda dinasihatkan untuk mengikut SOP, amalkan penjarakan sosial dan pastikan anda telah menerima vaksin sepenuhnya. Di bawah merupakan tawaran di kedai terbaru Xiaomi:

ProdukHarga AsalHarga TawaranTawaran Istimewa
Xiaomi 11T (8GB+128GB)RM 1,699RM 1,499Tawaran istimewa satu hari sahaja pada 25 Oktober 2021 pukul 12 tengahari dan ke atas. Terhad sebanyak 50 unit setiap cawangan, dengan asas siapa cepat dia dapat.
Xiaomi 11T (8GB+256GB)RM 1,899RM 1,699
Xiaomi 11T Pro (8GB+256GB)RM 2,099RM 1,899
Xiaomi 11T Pro (12GB+256GB)RM 2,299RM 2,099
Mi TV P1 43″RM 1,799RM 1,499
Mi TV P1 55″RM 2,499AIoT Gift Pack percuma bernilai RM 566
Mi TV Q1 75″RM 7,999AIoT Gift Pack percuma bernilai RM 566 + Mi Air Purifier Pro H bernilai RM 1,199
Mi Smart Band 6RM 189RM 169
Mi WatchRM 469RM429
Mi Watch LiteRM 249RM 219
Mi Hair Dryer H300RM 129RM 29.90Hair Dryer Carry Bag percuma
Mi Robot Vacuum-Mop PRM 1,399RM 1,199Side Brush bernilai RM 30 percuma
10000mAh Redmi Power Bank3RM 79RM 9.90(Bermula pada 23 Oktober 2021 pada 1PM)
Mi City Sling Bag3RM 79RM 9.90(Bermula pada 24 Oktober 2021 pada 1PM)
Mi Bluetooth Selfie Stick3RM 88RM 9.90(Bermula pada 25 Oktober pada 1PM)

Anda boleh kunjungi laman web ini untuk maklumat terperinci mengenai siri Xiaomi 11T. Kunjungi laman Xiaomi untuk maklumat pembelian dan lokasi kedai rasmi Xiaomi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version