Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia sahkan Mi 11i tidak akan dilancarkan pada 20 Mei ini!

Beberapa hari yang lalu, Xiaomi Malaysia memberitahu bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran peranti mereka pada 20 Mei ini. Di dalam acara tersebut, beberapa peranti yang ditunggu ramai termasuklah Mi 11i, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G dan beberapa TV 4K akan diumumkan.

Terbaru, mereka menjelaskan bahawa telefon pintar Mi 11i tidak akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, peranti lain yang diberitahu sebelum ini tetap akan dilancarkan seperti yang dirancang.

Acara pelancaran ini akan berlangsung secara dalam talian di media sosial Facebook Xiaomi Malaysia pada 8 malam 20 Mei ini.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi adalah jenama yang paling laris terjual di Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Adakah anda menantikan peranti dari Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version