Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia umum Mi Electric Shave S500 + 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential, bermula RM109

Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kehadiran pencukur elektrik Mi Electric Shaver S500 dan 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential di pasaran Malaysia. Kedua-dua produk ekosistem Xiaomi ini boleh didapatkan bermula hari ini, 18 September 2020.

Pencukur elektrik Mi Electric Shaver S500 hadir dengan dua mod mencukur, teknologi reka bentuk 360° terapung untuk memudahkan pencukuran, paparan digital yang memaparkan kelajuan, tahap bateri dan mata pisau dua lapis. Mi Shave Electric Shaver berharga RM169.

10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential pula hadir dengan sokongan kepada semua peranti yang menyokong pengecasan Qi. Ia turut dilengkapi dengan 2 output kuasa; (10W) atau USB-A (18W). 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential berharga RM109.

Mi Shave Electric Shaver boleh didapati pada Lazada dan Shopee, manakala 10000mAh Mi Wireless Power Bank Essential boleh didapati di Lazada sahaja setakat ini.

Adakah anda akan memilikinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version