Site icon TechNave BM

Xiaomi Malaysia umumkan harga Mi Curved Gaming Monitor 34″ RM1,999, Mi Portable Photo Printer RM249

Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kehadiran Mi Curved Gaming Monitor dan Mi Portable Photo Printer secara rasmi berserta harganya di pasaran Malaysia.

Skrin gaming melengkung 34 inci dari Xiaomi ini hadir dengan skrin bernisbah 21:9 inci, yang boleh meluaskan pemandangan skrin 30% berbanding skrin biasa 16:9.

Ia hadir dengan resolusi 3440 x 1440 piksel, 121% sRGB, warna gamut 85% NSTC, tahap kecerahan 300nit, kadar segar semula 144Hz dan menyokong teknologi skrin kalis siat. Anda boleh mendapatkan Mi Curved Gaming Monitor 34″ dengan harga RM1,999.

Xiaomi Mi Portable Photo Printer pula hadir dengan teknologi pencetakan tanpa dakwat ZINK. Teknologi ini menggunakan kristal yang telah dicelup, dibenamkan di atas kertas. Penggunaanya juga sangat mudah dengan hanya membuka penutup dan memasukkan kertas foto di dalam pencetak.

Ia turut hadir dengan sokongan Bluetooth agar anda dapat mencetak gambar walaupun tanpa sambungan WiFi. Mi Portable Photo Printer hadir dengan harga RM249.

Untuk maklumat lanjut pengenai pembelian peranti-peranti di atas, anda boleh mengunjungi laman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia.

Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version