Site icon TechNave BM

Xiaomi melancarkan alatan rumah baru, pembasuh pinggan mangkuk mudah alih

Alatan rumah daripada Xiaomi biasanya kelihatan menarik dan sangat berguna. Baru-baru ini, pengilang China itu telah mengeluarkan 12 model pembasuh pinggan mangkuk. Lapan daripada model tersebut muncul sebagai varian terbina dalam dan akan dijual bermula dengan harga 1999 Yuan (~RM1201). Lagi empat model adalah varian mudah alih yang bermula dengan harga 999 Yuan (~RM600).

Model Xiaomi Smart Dishwasher mudah alih mempunyai reka bentuk putih ringkas yang bersesuaian dengan dapur anda. Ia turut dilengkapi tiga injap yang boleh dimuatkan dengan pelbagai jenis kepala paip. Pemasangan pembasuh pinggan mangkuk mudah alih ini dikatakan mudah dan tidak akan memberi kesan kepada penggunaan bekalan air seharian anda.

Selain itu, pembasuh pinggan mangkuk mudah alih ini berupaya membasuh empat set standard pinggan mangkuk meja sekaligus, yang mana berjumlah 23 alatan pinggan mangkuk meja. Ia juga dihuni 16 port pancuran dengan tekanan air 11,000 Pa yang akan bergilir dalam satu masa untuk memastikan tiada kesan kotoran yang tertinggal. Di samping itu, terdapat enam mod pembasuhan untuk anda pilih. Tidak kira sama ada untuk membasuh pinggan mangkuk biasa atau botol susu bayi, mesin ini akan melakukannya secara efektif. Pembasuh pinggan mangkuk mudah alih ini dikatakan hadir dengan fungsi pembasmi kuma yang membunuh 99.99% bakteria.

Akhir sekali, Xiaomi Smart Dishwasher mempunyai kipas berkualiti tinggi terbina dalam yang akan menggantikan udara segar secara aktif apabila diaktifkan. Hal ini untuk membiarkan alatan pinggan mangkuk kekal bersih. Setelah mendengar tentang kesemua spesifikasi ini, anda pasti inginkan Xiaomi Smart Dishwasher untuk membersihkan pinggan mangkuk kotor anda!

Beritahu pendapat anda mengenai Xiaomi Smart Dishwasher di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version