Site icon TechNave BM

Xiaomi memasuki industri kenderaan elektrik dengan merasmikan Xiaomi EV, Inc

Pada hari ini, syarikat teknologi terkemuka dari China, Xiaomi, telah mengumumkan syarikat baharu yang bernama Xiaomi EV, Inc bagi membangunkan kereta elektrik pertama oleh mereka. CEO Xiaomi Lei Jun mengatakan syarikat itu telah didaftarkan dengan modal sebanyak RMB10 bilion (~RM6.4 bilion).

Lei Jun telah pun menyatakan hasratnya untuk terlibat dalam industri kenderaan elektrik pada bulan Mac lalu. RMB10 bilion itu akan digunakan untuk pembangunan selama 10 tahun di bawah pimpinan beliau bagi menjadikan hasratnya kepada kenyataan.

Pada 28 Julai lalu, Lei Jun telah mengiklankan beberapa peluang pekerjaan di Xiaomi EV dalam media sosial Weibo. Beliau telah menerima lebih 20,000 resume oleh orang yang berminat untuk bekerja dengannya dalam syarikat baharu itu namun kini hanya 300 orang yang telah diambil masuk ke dalam Xiaomi EV.

Xiaomi juga telah membeli sebuah syarikat pemanduan automatik Deepmotion Tech pada 25 Ogos lalu bagi membantu mereka untuk membina teknologi kenderaan elektrik. Xiaomi juga pernah menganjurkan sebuah crowdfunding untuk membina SUV pertama mereka bersama syarikat automotif Bestune.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kenderaan elektrik Xiaomi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version