Site icon TechNave BM

Xiaomi mempatenkan telefon pintar seperti dibalut dengan skrin

Sebelum anda meneruskan pembacaan, perlu kami ingatkan bahawa paten adalah satu dokumentasi yang tidak semestinya bakal dihasilkan oleh jenama syarikat yang mempatenkannya. Terkini, Xiaomi dilihat mempatenkan rekaan telefon pintar yang kelihatan seperti dibalut dengan skrin hampir sepenuhnya!

Bagaimana? Anda boleh merujuk gambar di atas jika anda tidak boleh membayangkannya dengan kata-kata. Paten ini telah difailkan di China National Intellectual Property Administration (CNIPA).

Anda boleh melihat skrin yang bukan sahaja direka melengkung di sisi, tetapi seperti membaluti telefon pintar sehingga ke panel belakang. Namun, panel belakang hanya diliputi skrin separuh sahaja. Berkemungkinan, separuh skrin di panel belakang adalah skrin kedua telefon pintar tersebut yang bakal membantu anda melihat sambil mengambil gambar swafoto.

Apa yang lebih menarik tentang paten ini adalah bagaimana Xiaomi boleh mempatenkan paten ini dengan terperinci. Apa pun, paten ini bukan paten terakhir yang telah diputuskan untuk pengeluaran telefon pintar seterusnya. Namun, jika ianya bakal dihasilkan, agak mengujakan untuk kita membayangkan teknologi yang boleh melaksanakan skrin yang seperti membalut badan telefon pintar ini.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version