Site icon TechNave BM

Xiaomi memperkenalkan power bank 10000mAh dengan pengecasan pantas 50W berharga ~ RM147

Xiaomi baru sahaja melancarkan dua telefon pintar baru untuk siri Mi 10 pada pelancaran di China. Syarikat itu juga turut mengumumkan Power Bank Xiaomi baru dengan kapasiti bateri 10000mAh pengecasan pantas sehingga 50W. Xiaomi Power Bank 3 ini berharga 249 yuan (~ RM147) dan boleh didapati di China mulai esok.

Seperti yang telah kami sebutkan dalam artikel semalam, Mi 10 dan Mi 10 Pro dijangka hadir dengan beberapa teknologi pengecasan yang hebat. Kedua-dua peranti itu mampu menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 50W dan 30W pengecasan wayarles.

Dengan Power Bank 3 ini anda boleh mengecas sepenuhnya dalam masa 45 minit. Anda juga boleh menggunakan USB port Jenis-A dan USB Jenis-B untuk mengecas dua peranti pada masa yang sama termasuklah komputer riba, Nintendo Switch, atau telefon pintar.

Bagi mereka yang menginginkan pengecasan telefon mereka dengan pantas, power bank jenis ini sangat bagus untuk dimiliki. Adakah anda akan membeli apabila ianya sudah tersedia di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version