Site icon TechNave BM

Xiaomi menafikan khabar angin mengenai kereta elektrik, tiada projek yang disahkan lagi

Beberapa hari lalu, kami melaporkan mengenai khabar angin yang menyatakan Xiaomi kini dalam perancangan untuk menghasilkan kereta elektrik mereka yang tersendiri.

Terbaru, syarikat Xiaomi sendiri telah memberi maklum balas terhadap khabar angin tersebut dengan menyatakan bahawa tiada projek mengenai kereta elektrik yang telah diluluskan buat masa ini.

Berdasarkan sumber, syarikat teknologi gergasi ini memberitahu tiada yang pasti lagi mengenai perancangan kereta elektrik dan orang ramai hanya perlu tunggu dan lihat sahaja.

Ini bukan kali pertama Xiaomi dikaitkan dengan kereta elektrik kerana pada tahun 2014, terdapat khabar angin yang tersebar mengenainya.

Selain Xiaomi, beberapa syarikat teknologi lain juga dikaitkan dengan kereta elektrik seperti HUAWEI, Alibaba, Baidu dan Apple.

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa tahun yang akan datang ini.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version