Site icon TechNave BM

Xiaomi mengacah kehadiran Mi 11 di Malaysia, harga mungkin bermula pada bawah RM3,000

Jika anda sudah lama menunggu kehadiran Xiaomi Mi 11 di pasaran Malaysia, penantian anda bakal berakhir. Xiaomi semalam dilihat mengacah kehadiran peranti andalan terbaru Xiaomi Mi 11 di pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi 11 pada mulanya telah dilancar di pasaran China terlebih dahulu dengan harga bermula pada ~RM2,477. Terdahulu, siri Xiaomi Mi 10 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2020 dengan harga bermula pada RM2,799. Jadi, selamat untuk kita jangka bahawa harga siri Xiaomi Mi 11 juga bermula sekitar harga tersebut.

Sepintas lalu, ia hadir dengan Snapdragon 888, skrin AMOLED 6.81 inci, sokonan cas pantas 55W dan tetapan kamera utama 108MP. Sementara Xiaomi Mi 11 Pro masih tidak diketahui tarikh pelancarannya, kehadiran Xiaomi Mi 11 sudah memadai untuk menamatkan penantian peminat di Malaysia.

Apa pun, Xiaomi Malaysia masih lagi tidak memaklumkan tarikh rasmi kehadirannya. Kami akan memaklumkan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia sekiranya Xiaomi Malaysia sudah mengumumkan tarikh rasmi penjualan Xiaomi Mi 11 di pasaran tempatan.

Sumber: Xiaomi

Exit mobile version