Site icon TechNave BM

Xiaomi mengacah telefon baru bernama Redmi 10 Prime, mungkin dilancar 3 September 2021

Redmi baru sahaja melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Redmi 10 pada minggu lepas dan nampaknya mereka mungkin akan melancarkan varian terbaru untuk telefon tersebut.

Dalam Twitter, Redmi telah mengacah sebuah gambar “All Round Superstar” bersama kenyataan yang mempunyai beberapa nombor perdana (prime number) seperti 67, 73, 53 dan 11. Nombor-nombor ini memberi petunjuk bahawa telefon ini akan dinamakan Redmi 10 Prime.

Telefon dalam gambar tersebut disuluh dengan empat pancaran cahaya, di mana pancaran tersebut mempunyai logo kilat yang mungkin melambangkan pengecasan pantas dan huruf Hz yang mungkin melembangkan skrin dengan kadar pantas.

Akaun Twitter Redmi juga mempunyai perkataan #Redmi10Prime , mengukuhkan lagi andaian tersebut. Sementara itu, pengkhabar berita teknologi Abhishek Yadav pula mengatakan Redmi 10 Prime bakal dilancar pada 3 September.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version