Site icon TechNave BM

Xiaomi mengesahkan kehadiran Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra di acara pelancaran 29 Mac ini

Semalam, Xiaomi telah mengumumkan acara pelancaran rasmi yang akan berlangsung pada 29 Mac ini tanpa memberitahu sebarang informasi lanjut. Terbaru, Xiaomi mengesahkan kehadiran peranti Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra di acara ini dengan memuat naik sebuah poster rasmi.

Namun, poster tersebut tidak menyatakan apa-apa mengenai Mi 11 Lite. Ini mungkin kerana siri Lite sering kali dijual dengan nama yang berbeza di China.

Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra dikhabarkan akan dilengkapi kamera 50MP dengan sensor Samsung ISOCELL Bright GN2. Peranti ini mungkin akan hadir dengan paparan kecil di panel belakangnya untuk memudahkan pengguna mengambil gambar swafoto yang lebih cantik.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti kelas andalan terbaru dari Xiaomi ini di Facebook kami. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version