Site icon TechNave BM

Xiaomi mengumumkan Gamepad Black Shark untuk Mi 10 di China

Adakah anda pernah berharap telefon pintar anda mempunyai d-pad untuk bermain game? Walau bagaimanapun, dengan meletakkan butang untuk mengawal permainan ke telefon pintar juga kelihatan agak tidak sesuai. Tetapi lain pula untuk pengguna Xiaomi Mi 10, kerana syarikat itu telah mengumumkan Gamepad Bluetooth Black Shark baru yang direka khas untuk siri ini.

Gamepad Black Shark untuk Xiaomi Mi 10 mempunyai dua bahagian berasingan yang boleh dipasang pada bahagian atas dan bawah telefon pintar tersebut. Reka bentuknya juga mengikuti warna-warna jenama Black Shark iaitu hitam dan hijau, memberikan getaran futuristik. Selain itu, ianya direka dengan saiz yang kecil dan ringan, dengan hanya 40 gram. Ini memudahkan anda untuk bermain game di mana-mana sahaja.

Sumber gambar daripada Gizmochina

Selain itu, ia juga mempunyai sambungan Bluetooth yang boleh disambung secara eksklusif melalui aplikasi tambahan. Dilengkapi dengan bateri yang boleh bertahan lebih kurang 40 jam dengan hanya sekali pengecasan penuh. Jika anda pengguna Xiaomi Mi 10 dan gemar bermain game tidak kira dimana saja, ini adalah aksesori yang tepat untuk anda dan dijual pada harga 299 Yuan (~ RM181)!

Apa pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version