Pada minggu lalu, Xiaomi telah dikritik oleh Timbalan Menteri Pertahanan Lithuania kerana mengenakan penapisan (censorship) ke telefon pintarnya. Syarikat itu menafikan tuduhan dan kini mengupah firma pihak ketiga untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Lithuania, Xiaomi menyekat penggunaan istilah seperti “Tibet bebas”, “Hidup lama kemerdekaan Taiwan” dan “gerakan demokrasi”. Susulan daripada itu, Timbalan Menteri itu tidak menggalakkan penggunaan telefon China di kalangan rakyatnya.
Namun, Xiaomi menyatakan sekatan tersebut tidak dikuat kuasakan dalam wilayah Kesatuan Eropah. Walaupun begitu, kerajaan Lithuania masih mendakwa penapisan tersebut boleh diaktifkan pada bila-bila masa manakala firma China berpendapat penapisan ini digunakan untuk melindungi pengguna daripada kandungan pornografi dan kandungan yang menyinggung perasaan penduduk tempatan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

