Site icon TechNave BM

Xiaomi menunjukkan reka bentuk telefon andalan untuk keluaran akan datang

Xiaomi menunjukkan reka bentuk peranti unggulan akan datang. Ia difailkan pada bulan September tahun lepas namun maklumat mengenai peranti tersebut kini tiba mengenai reka bentuknya.

Dokumentasi paten menunjukkan telefon pintar Xiaomi dengan sudut bulat. Panel hadapan turut menunjukkan skrin sudut bulat, bezel melengkung di bahagian atas dan bawah. Kamera hadapannya pula berada di atas sudut kiri. Kamera utamanya memiliki sensor besar 108MP diikuti dengan lensa sudut lebar kecil dan zum periskop petak dibawahnya. Ia turut mempunyai lampu kilat (flash) LED di bahagian bawah kamera.

Jika dilihat balik pada 25 September 2020, Beijing Xiaomi Mobile Software telah memfailkan paten bersama The Hague International Design System pada pangkalan data World Intellectual Property Office (WIPO). Dokumen menunjukkan gambara telefon pintar Xiaomi pada 15 Oktober 2021.

Banyak peranti yang meletakkan kamera di atas kiri menyebabkan Xiaomi mengambil inisiatif meletakkan kamera besarnya di bahagian tengah walaupun mengambil sedikit ruang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version