Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 akan hadir dengan kadar segar semula tinggi dan kapasiti bateri besar

Dengan kehadiran Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro, pastinya siri Xiaomi Mi 10 bakal muncul selepas ini. Salah satu pengasas Xiaomi dan CEO Xiaomi sendiri telah mewujudkan khabar angin Xiaomi Mi 10 melalui perkongsiannya di laman Weibo pada awal bulan Disember.

Terkini, menurut gizchina, seorang pemblog teknologi telah memaparkan siaran pada Weibo dengan menyatakan bahawa kombinasi peranti pintar terbaik adalah “1080 90Hz + 5G + 4500 mAh atau 2K 120 Hz + 5G + 5000 mAh. Bateri 4000 mAh tidak mampu menanggung tekanan daripada kadar segar semula tinggi dan 5G”.

Perkongsian ini kemudiannya dikembangkan oleh Pengarah Produk Xiaomi, Wang Teng yang berkongsi semula pandangan ini dengan komennya “Dalam era 5G, tekanan penggunaan kuasa di bawah 4500 mAh akan lebih hebat”.

Sumber: IT168 melalui gizchina

Komen tersebut agak menjurus kepada keluaran Xiaomi selepas ini yang berkemungkinan bakal hadir dengan kadar segar semula tinggi dan kapasiti bateri yang besar. Tidak mustahil kerana Wang Teng menyetujui bahawa kapasiti bateri penting dalam era 5G.

Apa pun, masih banyak khabar angin yang perlu kami cari untuk disajikan kepada anda. Beritahu kami di Facebook tentang khabar angin peranti teknologi baru. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: gizchina | IT168 | TechNave

Exit mobile version