Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 dengan Snapdragon 865 bakal diumumkan pada suku pertama tahun 2020

Baru-baru ini, Pengerusi dan CEO Xiaomi telah mengumumkan peranti Xiaomi Mi 10 yang bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 865 mungkin akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2020. Selain cipset tersebut, peranti juga bakal hadir dengan RAM 12GB, RAM sehingga 512GB dan sokongan 5G.

Tambahan pula, khabar angin lepas menyatakan peranti ini turut hadir dengan paparan 6.5 inci 90Hz dan kamera quad utama 108MP. Dari segi bateri, Mi 10 juga hadir dengan bateri 4500 mAh yang menyokong pengecas pantas 48W.

Dengan kesemua ini, semestinya khabar angin bukanlah suatu kebenaran yang rasmi. Hal ini kerana Xiaomi masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya. Bukan itu saja, kami juga masih belum menemui maklumat tentang tarikh pelancaran dan harga rasmi di Malaysia.

Adakah anda berminat untuk menyambar Xiaomi Mi 10 apabila ia tiba di Malaysia? Beritahu di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita khabar angin terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version