Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 dengan Snapdragon 870 dikesan di 3C, hadir dalam waktu terdekat

Baru-baru ini, Qualcomm sudah mengumumkan cipset Snapdragon 870 5G yang menawarkan beberapa naik taraf berbanding Snapdragon 865+. Setelah itu, muncul berita mengenai beberapa jenama lain yang bakal hadir dengan peranti janaan cipset tersebut. Terkini, Xiaomi juga dilihat bakal melancarkan peranti dengan Snapdragon 870.

Menurut sumber, peranti dengan nombor model M2102J2SC sudah melepasi pengiktirafan 3C (Compulsory Certification of China). Seperti Redmi K40, ia juga hadir dengan pengecas 33W. Kehadiran peranti ini tidak mengejut kerana berita mengenainya sudah muncul sebelum ini.

Walaupun siri Mi 10 mula muncul pada tahun lepas, namun kemunculannya varian baru dengan spesifikasi baru pasti mengujakan peminat, terutama dengan Snapdragon 870. Apa pun, kami tidka pasti jika Xiaomi masih bakal menamakannya sebagai salah sebuah ahli siri Mi 10.

Anda boleh semak siri Mi 10 yang terdapat di pasaran di pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version