Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 memperoleh skor tertinggi di DxOMark pada hari pelancarannya

Pelancaran siri Xiaomi Mi 10 semalam telah mengubati hati peminat yang menantikan peranti Xiaomi ini. Dengan kamera 108 MP, kadar segar semula 90Hz bersama kadar sentuhan 120Hz, pastinya siri Xiaomi Mi 10 bakal digilai peminat. Bukti prestasi mantap kamera siri Xiaomi Mi 10 juga telah tular melalui ujian kamera DxOMark.

Sepintas lalu, siri Xiaomi Mi 10 dikuasai cipset Qualcomm Snapdragon 865 yang pastinya membantu kelancaran bergambar dan rakaman video anda!

Jika anda masih tidak tahu, kewujudan kamera 108MP bermula dari Xiaomi Mi Note 10 dan kini turut menghuni tetapan kamera Xiaomi Mi 10. Xiaomi Mi 10 hadir dengan kamera utama 108MP + 12MP (telefoto) + 8MP (telefoto panjang) + 20MP (ultra-lebar).

Rakaman dan tangkapan gambar di luar kini menjadi lebih mantap termasuklah pada waktu malam. Bukan itu sahaja, Mi 10 Pro mempunyai penstabilan video dan prestasi videonya agak hebat. Anda boleh lihat sendiri pada video di bawah ini.

Rakaman vidoe luar Xiaomi Mi 10 Pro
Rakaman video luar Apple iPhone Pro Max

Setakat ini, prestasinya mampu menandingi iPhone 11 Pro Max dari segi rakaman. Adakah anda berminat untuk menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar seterusnya.

Sumber: TechNave

Exit mobile version