Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 Pro Plus bakal hadir dengan modul kamera gergasi 100x Infinity Zoom

Terdapat pelbagai spekulasi bagi spesifikasi dan jangkaan harga untuk Xiaomi Mi 10 Pro Plus. Terkini, Mi 10 Pro Plus dilaporkan bakal hadir dengan rekaan modul kamera yang sangat besar bercirikan 100x Infinity Zoom.

Rekaan modul gergasi ini dilihat pada kerangka (casing) yang dipercayai merupakan kerangka peranti tersebut. Seperti gambar di bawah, tidak mustahil jika modul kamera adalah besar kerana ia bakal memuatkan susunan kamera untuk ciri 100x Infinity Zoom.

Menurut sumber, rekaan modul kamera gergasi pada kerangka ini bukan sahaja memungkinkan susunan kamera, tetapi juga memungkinkan kehadiran paparan tambahan. Sebarang kemungkinan akan terjawab melalui pelancarannya pada 11 Ogos 2020 ini.

Gambar Xiaomi Mi 10 Pro. Semak spesifikasi dan harga disini.

Terdahulu, Xiaomi Mi 10 Pro Plus dilaporkan bakal dijana cipset Snapdragon 865 Plus, skrin AMOLED 120Hz dan jangkaan harga yang lebih tinggi. Adakah sebuah lagi model dalam siri flagship Mi 10 bakal menambat hati peminat telefon pintar di Malaysia?

Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version