Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 Pro Plus dengan Snapdragon 865+, skrin AMOLED 120Hz bakal hadir, harga lebih tinggi

Terdahulu, Xiaomi telah melancarkan siri Xiaomi Mi 10 yang terdiri daripada Mi 10 dan Mi 10 Pro. Terkini, Xiaomi memberi bayangan bahawa terdapat Mi 10 Pro Plus yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Melalui sebuah perkongsian di laman Weibo, pengarah produk Redmi Wang Teng telah memberi maklum balas, menyatakan bahawa terdapat versi Xiaomi Mi 10 yang bakal hadir dengan harga yang lebih tinggi berbanding siri Mi 10 lain. Untuk pengetahuan anda, harga Mi 10 5G di pasaran Malaysia bermula pada RM2,799, manakala Mi 10 Pro 5G berharga RM3,899. Mungkinkah harganya bakal mencecah RM4,000?

Perkongsian di laman Weibo
Xiaomi Mi 10 Pro

Harga ini sejajar dengan spesifikasi yang bakal menghuni peranti ini. Dilaporkan, Xiaomi Mi 10 Pro Plus bakal dihuni Snapdragon 865+ dan skrin AMOLED 120Hz. Sepertinya, ia akan turut tampil dengan kamera 108MP seperti sirinya yang lain. Adakah anda rela mengeluarkan wang untuk peranti berprestasi dengan markah mencecah 640,000 di AnTuTu?

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi daripada Xiaomi mengenai tarikh pelancarannya. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version