Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 Ultra dilancarkan: Snapdragon 865, cas pantas 120W, skrin 120Hz, zum 120X bermula ~RM3,203

Terkini, Xiaomi telah melancarkan Redmi K30 Ultra dan Xiaomi Mi 10 Ultra bersempena acara ulang tahun ke-10 Xiaomi. Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi 10 Ultra dilengkapi spesifikasi mantap dalam industri teknologi telefon pintar seperti pengecasan pantas 120W.

Seiring dengan namanya, Xiaomi Mi 10 Ultra merupakan varian dengan spesifikasi tinggi setakat ini dalam siri flagship Xiaomi. Selain janaan cipset Snapdragon 865, ia turut dilengkapi ciri kamera berprestasi dan sokongan pengecasan pantas yang tinggi.

Prestasi kamera Xiaomi Mi 10 Ultra dilaporkan menduduki tangga pertama dalam DXOMARK. Selain itu, peranti ini dihuni pengecasan pantas 120W berwayar dan 50W pengecasan pantas wayarles. Menurut Xiaomi, kapasiti bateri 4500mAh pada Mi 10 Ultra sebanyak 100% dapat dicas dalam masa hanya 23 minit melalui pengecasan 120W, manakala 40 minit melaui cas pantas wayarles 50W.

Harga Xiaomi Mi 10 Ultra yang dipaparkan adalah berdasarkan harga rasmi di pasaran China dan ditukar kepada nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Apa pun, setakat ini kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Adakah anda bakal menyambar peranti jika ianya hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version