Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 Ultra hadir dengan ‘kuasa 120’: Cas pantas 120W, skrin 120Hz, zum 120X

Xiaomi Mi 10 Ultra atau dengan nama lainnya di pasaran China, Xiaomi Mi 10 Extreme Commemorative Edition bakal dilancarkan bersama Redmi K30 Ultra pada hari ini, 11 Ogos 2020. Sebelum pelancarannya bermula, Xiaomi Mi 10 Ultra didedahkan dengan spesifikasi utamanya.

Spesifikasi utamanya terlihat pada kotak Xiaomi Mi 10 Ultra. Ia memaparkan sokongan pengecasan pantas 120W (mengalahkan iQOO 5), skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan ciri kamera zum sehingga 120X. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai poster yang mendedahkan spesifikasi zum 120X.

Menurut jangkaan sumber terdahulu, Mi 10 Ultra bakal dijana cipset Snapdragon 865 Plus, RAM sehingga 16GB, panel OLED 10-bit 120Hz, empat kamera dengan satu lensa periskop dan ia boleh didapati dengan warna hitam dan kelabu.

Apa pun, anda perlu mengikuti berita pelancarannya pada lewat petang ini untuk mengetahui spesifikasi dan harga rasmi. Apakah pandangan anda terhadap Mi 10 Ultra dengan ‘kuasa 120’ ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version