Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10 Youth Edition 5G dilancarkan: Snapdragon 765G dan 4 kamera berharga ~RM1286

Terkini, Xiaomi telah memperkenalkan salah satu ahli siri Xiaomi Mi 10, Xiaomi Mi Youth Edition 5G di China. Xiaomi Mi 10 Youth Edition 5G semestinya mempunyai persamaan dengan siri Xiaomi Mi 10 yang lain, tetapi dengan membawa nama ‘Youth Edition’, semestinya akan ada perbezaan selari dengan harganya yang lebih berpatutan.

Perbezaan yang ketara pastinya dari segi pengoperasian cipset dan tetapan kamera. Xiaomi Mi 10 Youth Edition 5G dihuni cipset Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G dan kamera utama 48MP. Apa yang menariknya, tetapan kamera hadir dengan teknologi anti gegaran OIS, super night mode dan teknologi AI yang membolehkan pengguna meneroka kreativiti bergambar. Anda boleh lihat spesifikasi siri Mi 10 lain yang telah hadir di pasaran Malaysia.

Spesifikasi Xiaomi Mi 10 Youth Edition

Apa pun, kami tidak pasti jika Xiaomi Malaysia bakal membawa masuk Xiaomi Mi 10 Youth Edition ke pasaran Malaysia atau tidak. Namun, siri Xiaomi Mi 10 lain baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini.

Anggaran harga Xiaomi Mi 10 Youth Edition

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version