Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10i 5G dilancar di India: Snapdragon 750G, kamera 108MP HM2, harga bermula ~RM1150

Terbaru, Xiaomi telah melancarkan sebuah lagi telefon siri Mi 10, Xiaomi Mi 10i 5G untuk pasaran India. Berbeza dengan telefon siri Mi 10 yang lain, ia menggunakan cipset kelas pertengahan yang menyokong 5G iaitu Snapdragon 750G. Selain dari itu, ia masih lagi kekalkan spesifikasi andalan seperti skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera kuad 108MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh Xiaomi Mi 10i 5G:

Xiaomi Mi 10i 5G

Jika dilihat pada spesifikasinya, Xiaomi Mi 10i ini adalah versi yang sedikit berbeza dari Xiaomi Mi 10T Lite. Perbezaan kedua-dua peranti ini hanyalah pada modul kameranya.

Berikut adalah harga Xiaomi Mi 10i 5G :

Xiaomi Mi 10i 5G ini ditawarkan dengan tiga warna berbeza iaitu Midnight Black, Atlantic Blue dan Pacific Sunrise. Ia akan mula dijual bermula 8 Januari ini di pasaran India.

Adakah anda mengharapkan kedatangan peranti ini ke pasaran Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version