Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10i akan dilancar pada 5 Januari 2021, bakal dilengkapi kamera 108MP

Xiaomi India telah memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan pelancaran telefon baru dengan kamera 108MP pada 5 Januari 2021. Walaupun nama rasmi peranti tersebut masih belum dirasmikan, susunan kamera yang dipertontonkan dalam video pendek itu mungkin menunjukkan bahawa ini adalah Xiaomi Mi 10i.

Xiaomi Mi 10i dijangka merupakan Redmi Note 9 Pro 5G yang telah dilancar di China pada bulan November. Memandangkan India sudah pun menerima Redmi 9 Power yang merupakan Redmi Note 9 yang telah dijenamakan semula, kini mungkin Redmi Note 9 Pro 5G pula yang akan tiba di negara tersebut.

Mi 10i merupakan telefon yang berlainan dengan Mi 10T Lite walaupun ia merupakan Redmi Note 9 Pro 5G yang telah dijenamakan semula di Eropah, kerana Mi 10T Lite hanya dilengkapi kamera 64MP.

Mi 10i diramal akan hadir dengan varian memori 6+128GB serta 8+128GB dalam warna hitam, biru atau gabungan hijau-oren. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Mi 10i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version