Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10T & Mi 10T Pro dilancar di Malaysia: Kamera 108MP, skrin 144Hz bermula RM1,699

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar terbaru dalam siri Mi T iaitu Mi 10T yang terdiri daripada Mi 10T dan Mi 10T Pro. Ciri menarik yang terdapat pada siri telefon ini adalah kamera 108MP dengan penstabilan imej optikal, skrin 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan cipset Snapdragon 865.

Pelanggan boleh membelinya di mana-mana Authorized Mi Store atau Lazada. Pelanggan siri Mi 10T juga akan menerima langganan Netflix Mobile percuma selama enam bulan.

Selain itu, Xiaomi Malaysia juga menganjurkan jerayawara (roadshow) khas sempena jualan Mi 10T di pusat beli-belah terpilih di mana 450 pelanggan pertama boleh membawa pulang televisyen LED Mi berukuran 55 inci.

Berikut adalah spesifikasi penuh Mi 10T Pro:

Berikut adalah spesifikasi penuh Mi 10T:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Mi 10T Pro atau Mi 10T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version