Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia 25 Februari ini!

Terbaru, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti kelas andalan mereka, Xiaomi Mi 11 di Malaysia pada 25 Februari ini (8pm GMT+8).

Berdasarkan poster tersebut, pelancaran telefon ini akan berlangsung secara dalam talian (di Facebook Xiaomi Malaysia), sesuai dengan keadaan semasa negara ini.

Antara spesifikasi menarik Xiaomi Mi 11 adalah kamera 108MP, skrin beresolusi WQHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, pembesar suara Harmon Kardon serta cipset andalan Snapdragon 888.

Xiaomi Mi 11 ini akan menjadi peranti pertama dengan cipset Snapdragon 888 yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sebelum ini, Mi 11 telah dilancarkan di China pada 28 Disember yang lalu dan secara global 8 Februari lepas.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version