Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 bakal dilancar secara global pada 8 Februari ini

Pada 28 Disember yang lalu, Xiaomi telah melancarkan telefon andalan tahun 2021 mereka iaitu Xiaomi Mi 11. Namun, pelancaran itu hanyalah untuk pasaran China sahaja. Terbaru, sumber menyatakan bahawa Xiaomi bakal melancarkan Xiaomi Mi 11 untuk pasaran global pada 8 Februari ini (8pm GMT+8).

Pada acara ini, Xiaomi dikhabarkan mungkin akan melancarkan versi Pro untuk Mi 11 yang ditunggu ramai oleh peminat gajet seluruh dunia. Selain itu, Xiaomi juga mungkin akan melancarkan Mi 11 Lite iaitu peranti Xiaomi Mi 11 yang lebih murah.

Xiaomi Mi 11

Xiaomi Mi 11 ini dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar €800 (~RM3,926) iaitu harga yang sama seperti Xiaomi Mi 10 tahun lalu.

Selain dari pelancaran peranti, Xiaomi juga bakal mengumumkan perisian MIUI 12.5 secara global. MIUI 12.5 ini adalah penambahbaikan yang sederhana berbanding MIUI 12.0. Beberapa ciri menarik bakal ditambah pada perisian MIUI versi 12.5 ini.

Adakah Xiaomi bakal melancarkan peranti baru selain Xiaomi Mi 11? Nantikan berita lanjut mengenai pelancaran peranti Xiaomi Mi 11 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version