Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 bakal dilengkapi sokongan mod malam yang baik untuk video!

Beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran siri Xiaomi Mi 11 iaitu pada 28 Disember 2020, masih ada lagi beberapa sumber yang mendedahkan maklumat mengenainya. Terkini, sumber mendedahkan rakaman video dalam keadaan kurang cahaya, sekaligus mengacah fungsi mod malam yang ada video.

Acahan melalui video ini bukan perkara mengejutkan kerana Xiaomi sendiri sudah memuat naik poster yang mengacah fungsi ini. Menurut poster tersebut, Xiaomi Mi 11 bakal menyokong fotografi perkomputeran yang menghasilkan gambar lebih baik walaupun dengan pencahayaan kurang.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/12/gsmarena_v001.mp4

Melalui video yang muncul pula, anda boleh melihat sendiri keadaan yang agak gelap, tetapi warna objek masih lagi kelihatan terang. Kami percaya hasil video dengan mod malam melalui Xiaomi Mi 11 adalah lebih baik dari video ini memandangkan video ini sudah mampat resolusinya (disebar melalui internet).

Semak berita lepas mengenai jangkaan harga dan spesifikasi Xiaomi Mi 11!

Adakah anda teruja dengan Xiaomi Mi 11 yang bakal dilancar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version