Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Edisi Khas Starlight diumum: Panel belakang seperti bintang berkilauan

Pada akhir tahun 2020, Xiaomi telah melancarkan peranti andalan Xiaomi Mi 11, disusuli dengan pelancarannya di peringkat global termasuk Malaysia pada awal Februari lalu. Terkini, Xiaomi telah melancarkan model eksklusif Xiaomi Mi 11 Edisi Khas Starlight di pasaran China.

Menurut sumber, model eksklusif ini dinamakan sebagai Xiaomi Mi 11 Edisi Edisi Khas Starlight. Peranti andalan ini memiliki spesifikasi tinggi sama seperti varian Xiaomi Mi 11 biasa, hanya rekaan yang berbeza. Sumber melaporkan bahawa peranti Mi 11 Edisi Star Diamond Gift Box ini dilancar sempena Hari Kekasih. Anda boleh menyemak spesifikasi penuh Xiaomi Mi 11 di pautan ini.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2021/03/Wc7PaTC6lgeG3Sm_ZOXo1pyoyeymf4-A_H3w2A___16.mp4
Sumber: Weibo

Model elegan ini bukan sahaja hadir dengan kotak berkilauan, tetapi panel belakang dan pelindung telefon berkilauan. Alat pembuka slot SIM juga berbentuk hati, berbeza dengan varian standard. Menerusi kemunculan Xiaomi Mi 11 Edisi Khas Starlight, Xiaomi berharap agar pengguna wanita dapat bersinar dalam kehidupan mereka.

Setakat ini, Xiaomi masih belum mengumumkan harganya dan kami tidak pasti jika ia bakal hadir di pasaran Malaysia. Adakah rekaan sebegini berjaya memikat hati peminat Xiaomi khususnya wanita? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version