Site icon TechNave BM

Mi 11 Lite dilancar di Malaysia: AMOLED 90Hz, Snapdragon 780G, cas pantas 33W bermula RM1,199

Xiaomi hari ini telah melancarkan Mi 11 Lite iaitu salah satu produk yang dilancar dalam acara pelancaran besar-besaran pada hari ini, di samping Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra. Untuk Mi 11 Lite, ia akan dilancar dalam dua varian utama iaitu Mi 11 Lite 4G dan Mi 11 Lite 5G.

Perbezaan utama di antara dua varian tersebut adalah pada cipsetnya, di mana Mi 11 Lite 4G dilengkapi cipset Snapdragon 732G manakala Mi 11 Lite 5G dilengkapi cipset Snapdragon 780G iaitu telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut.

Selain daripada itu, kebanyakan spesifikasi di antara kedua-dua varian adalah lebih kurang sama. Satu ciri yang menarik untuk Mi 11 Lite adalah beratnya yang agak ringan iaitu pada 157 gram sahaja. Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk Mi 11 Lite:

Mi 11 Lite

Mi 11 Lite 5G

Maklumat harga untuk Mi 11 Lite akan dimaklumkan oleh Xiaomi Malaysia dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version