Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Lite mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 775G, dijangka masuki pasaran bulan Mac

Pada tahun ini, Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan beberapa model dalam siri Xiaomi Mi 11. Setakat ini, hanya Xiaomi Mi 11 sahaja yang telah memasuki pasaran secara rasmi.

Selain dari Xiaomi Mi 11, Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan versi Pro dan Lite pula tidak lama lagi. Terbaru, informasi mengenai Mi 11 Lite ini telah muncul di dalam talian.

Berdasarkan sumber, MI 11 Lite (atau Mi 11 Edisi Youth) akan hadir dengan skrin punch hole pada bucu kiri atas. Pada bahagian belakang pula, ia mungkin dilengkapi kamera modul matriks dengan tiga kamera sahaja.

Xiaomi Mi 11 edisi Youth

Selain dari itu, Xiaomi Mi 11 Lite dijangka akan hadir dengan cipset terbaru Qualcomm, Snapdragon 775G. Cipset Snapdragon 775G adalah cipset 6nm dengan teras 2.4Ghz A77 dan GPU Adereno 640. Berdasarkan sumber, cipset ini mampu mencapai 600,000 markah di penanda aras AnTuTu.

Telefon Mi 11 Lite ini akan ditawarkan dengan tiga varian berbeza dan pilihan warna merah jambu, hitam dan biru.

Ia dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Mac ini dan akan dijual pada tanda harga sekitar $350 (~RM1,416).

Sumber : Gizchina

Exit mobile version