Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Lite tertiris dalam talian, mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 732G

Pada minggu lepas, Xiaomi telah melancarkan telefon andalan terbaru mereka, Xiaomi Mi 11 di pasaran China. Untuk versi Pro pula, mereka dijangkakan akan memasuki pasaran pada bulan hadapan.

Terbaru, sebuah sumber dalam talian memberitahu bahawa versi Lite untuk Xiaomi Mi 11 juga akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Sumber menunjukkan bahawa peranti ini bakal hadir dengan cipset Snapdragon 732G bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Untuk paparan pula, ia dikatakan akan menggunakan skrin IPS LCD FullHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Pada bahagian belakang pula, ia mungkin hadir dengan tiga kamera: kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan sebuah kamera 5MP.

Xiaomi Mi 11 Lite ini dijangka akan dijual sekitar $350 (~RM1,407) dan mungkin memasuki pasaran pada bulan Mac ini.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version