Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 melepasi ujian ketahanan dengan baik!

Seperti tradisi, setiap telefon pintar yang dilancar khususnya telefon pintar andalan pasti bakal melalui ujian-ujian ketahanan yang dilakukan oleh YouTuber atau penganalisis teknologi. Tekrini, Xiaomi Mi 11 dilapor telah menjalani ujian ketahanan dan melepasinya dengan baik.

Sepintas lalu, Xiaomi Mi 11 dilengkapi Snapdragon 888, skrin MAOLED 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 480Hz pada skrin dan sensor kamera utama 108MP. Skrin Xiaomi Mi 11 terbina dari litupan Gorilla Glass Victus, manakala bahagian belakang dilitupi Gorilla Glass 5.

Peranti ini melepasi beberapa ujian ketahan dengan baik. Terdapat bunyi berkeriang-keriut semasa badannya dibengkokkan, namun bentuknya masih lagi seperti bentuk asal. Anda boleh melihat ujian ketahanan penuh Xiaomi Mi 11 pada video di bawah.

Apakah pandangan anda mengenai Xiaomi Mi 11? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: JerryRigEverything

Exit mobile version