Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Pro bakal dilengkapi 4 kamera belakang boleh zum hingga 120x, cas pantas 120W

Sementara Xiaomi Mi 11 versi standard masih lagi perlu diterokai kehebatan spesifikasinya, berita mengenai jangkaan spesifikasi lebih jelas varian Pro sudah mula muncul. Terkini, sumber menyatakan bahawa Xiaomi Mi 11 Pro akan dilengkapi sistem kamera kuad dengan keupayaan zum sehingga 120x.

Jika benar, keupayaan zum Mi 11 Pro adalah lebih tinggi daripada keupayaan 100x Space Zoom Samsung Galaxy S21 Ultra yang baru dilancar. Menurut pendedah maklumat terkenal, Mi 11 Pro dilengkapi empat kamera, keupayaan pengimejan yang tinggi dan keupayaan zum 120x.

Terdahulu, Xiaomi Mi 11 Pro dijangka hadir dengan Snapdragon 888, skrin kuad-melengkung 6.81 inci 2K dengan tahap kecerahan hingga 1500nit, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 480Hz.

Selain itu, Xiaomi Mi 11 Pro juga bakal dilengkapi sokongan teknologi pengecasan pantar berwayar sehingga 120W dan mungkin pengecasan wayarles 80W.

Setakat ini, Xiaomi Mi 11 Pro dijangka hadir pada 13 Februari 2021 (tarikh belum rasmi). Adakah spesifikasi Xiaomi Mi 11 sudah cukup mengujakan atau anda menginginkan Xiaomi Mi 11 Pro dengan spesifikasi lebih tinggi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station

Exit mobile version