Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Pro dilancar: SD 888, IP68, kamera ISOCELL GN2 50MP bermula ~RM3,157

Melalui sebuah acara pelancaran besar-besaran hari ini, Xiaomi mengumumkan beberapa produk terbaru termasuklah telefon pintar dan produk ekosistem lain. Antara telefon pintar baharu yang diumumkan adalah Xiaomi Mi 11 Pro.

Xiaomi Mi 11 Pro memiliki rekaan dan spesifikasi yang agak sama dengan Xiaomi Mi 11 yang sudah dilancar sebagai peranti pertama janaan Qualcomm Snapdragon 888. Antara keunikan Mi 11 Pro adalah rating IP68 tahan debu dan air, dan sensor kamera ISOCELL GN2 50MP. Anda boleh menyemak spefikasi penting Mi 11 Pro seperti di bawah.

Untuk meningkatkan jangka hayat bateri, Mi 11 Pro bukan hanya dibesarkan kapasiti bateri kepada 5000mAh, tetapi juga menggunakan teknologi pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas penuh hanya dalam 36 minit. Ia juga dilengkapi sensor kamera ISOCELL GN2 50MP yang telah dinaik taraf.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika Mi 11 Pro bakal dilancar di pasaran Malaysia. Namun, anda boleh melihat harga di pasaran China sebagai rujukan seperti di bawah.

Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi 11 Pro? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version