Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Pro mungkin dilengkapi bateri 5,000mAh dengan cas pantas 120W

Baru-baru ini, banyak khabar angin mengenai Xiaomi MI 11 Pro sudah muncul di dalam talian. Peranti ini dikhabarkan mungkin akan dilancarkan bersama pelancaran global Mi 11 pada 8 Februari ini.

Terbaru, sumber memberitahu bahawa Xiaomi Mi 11 Pro bakal hadir dengan saiz bateri setinggi 5,000mAh. Bateri peranti ini dikatakan akan dibahagikan kepada dua bahagian untuk menyokong pengecasan pantas 120W.

Untuk spesifikasi yang lain, Mi 11 Pro mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin 6.81 inci 2K dengan tahap kecerahan hingga 1500nit, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 480Hz.

Selain itu, Xiaomi Mi 11 Pro juga dikhabarkan akan hadir dengan 4 kamera utama termasuk kamera periskop yang mampu zum sehingga 120x. Ia juga mungkin akan menyokong pengecasan wayarles 80W.

Berikan komen anda mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version