Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Pro mungkin hadir pada Februari 2021 dengan spesifikasi lebih tinggi

Beberapa hari yang lepas, Xiaomi telah melancarkan peranti andalan terbarunya Xiaomi Mi 11 di pasaran China. Ia dilihat hadir dengan hanya beberapa model dengan spesifikasi sama, hanya berbeza varian storan dan RAM. Terkini, Xiaomi Mi 11 Pro dilapor mungkin hadir pada Februari 2021.

Sebelum ini, terdapat khabar angin spesifikasi Xiaomi Mi 11 Pro. Semestinya, ia dilapor bakal hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi mungkin dari segi kamera dan sokongan pengecasan pantas. Anda juga boleh melihat gambar rekaan pelindung Xiaomi Mi 11 Pro yang telah didedahkan.

Setakat ini, kami masih belum mempunyai apa-apa maklumat baru mengenai Xiaomi Mi 11 Pro. Namun, maklumat mengenainya mungkin boleh dijangkakan pada hari-hari berikutnya.

Gambar terdahulu Xiaomi Mi 11 Pro yang telah didedahkan

Adakah anda bakal mendapatkan Xiaomi Mi 11 atau menunggu Xiaomi Mi 11 Pro keluar di pasaran? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version