Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 rasmi di Malaysia: Snapdragon 888, 108MP, ada pengecas 55W bermula RM2,799

Setelah melancarkannya buat kali pertama di pasaran China pada hujung Disember 2020, Xiaomi kini melancarkan peranti adalan pertama dengan Snapdragon 888 di pasaran Malaysia. Xiaomi Mi 11 ditawarkan dengan harga bermula pada RM2,799.

Memandangkan ia juga telah dilancar di peringkat global pada Februari lalu, ramai pengulas teknologi global sudah mengujinya termasuklah dari segi ketahanan dan dari segi skrin. Selain Snapdragon 888, Xiaomi Mi 11 memiliki spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED WQHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 480Hz dan kamera utama 108MP. Anda boleh merujuk spesifikasi penting seperti di bawah.

Semestinya, Xiaomi Mi 11 mempunyai pelbagai spesifikasi menarik yang tidak dapat kami ulas sepenuhnya seperti audio yang ditala Harman Kardon dan rakaman video HDR10+. Xiaomi Mi 11 ditawarkan di Malaysia bersama pengecas 55W di dalam kotak dengan harga seperti di bawah.

Pra-tempahan Xiaomi Mi 11 8GB+256GB dalam pilihan warna Horizon Blue dan Midnight Gray bermula sekarang sehingga 10 Mac 2021 di Lazada dan laman rasmi Xiaomi. Sepanjang tempoh ini, setiap pra-tempahan varian 8GB+256GB melayakkan anda mendapat Mi Air Purifier 3C percuma bernilai RM569 waranti selama 2 tahun dan jaminan perlindungan skrin selama 12 bulan.

Jualan Xiaomi Mi 11 8GB+256GB akan bermula pada 13 Mac 2021 di Lazada dan semua pengedar sah Xiaomi. Pembelian Mi 11 8GB+256GB juga melayakkan anda mendapat Mi True Wireless Earphones 2 Basic percuma (sementara stok masih ada) dan 100 set produk AIoT Premium.

Adakah anda akan memilikinya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version