Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Ultra bakal dilengkapi sensor Samsung ISOCELL GN2, mungkin sebesar 150MP

Baru-baru ini, kita sudah dapat melihat rekaan Xiaomi Mi 11 Ultra termasuklah replika kameranya. Setelah melihat pelbagai spesifikasnya yang bocor dalam talian, kita mungkin boleh menjangkakan pelancarannya dalam waktu terdekat. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan jangkaan sensor imej untuk Xiaomi Mi 11 Ultra.

Sebenarnya, sudah terdapat ura-ura mengenai Xiaomi Mi 11 Ultra yang mungkin hadir dengan sensor imej Samsung ISOCELL GN2. Kini terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa ia adalah sensor imej yang terbesar untuk tahun 2021 dan peranti ini bakal dilancar pada hujung Mac ini. Terdahulu, Samsung sudah mendedahkan beberapa maklumat mengenai naik taraf ISOCELL 2.0.

Replika kerangka modul kamera Mi 11 Ultra

Apa yang lebih menarik adalah jumlah piksel yang ada pada ISOCELL GN2. Ura-ura lepas menjangkakan Samsung bakal hadir dengan sensor 150MP dan 200MP. Jika ianya benar, sensor 150MP atau 200MP ini mungkin hadir pada Xiaomi Mi 11 Ultra.

Adakah anda teruja sekiranya Xiaomi Mi Ultra hadir dengan sensor imej Samsung sebesar 150MP atau 200MP? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version